Seremban, 18 Mac 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Negeri Sembilan di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Lawatan ini turut dihadiri ACP Chan Ngai Ho, Ketua JPJKK, DSP Morini Anak Dion, Ketua Cawangan Koordinasi Sumber Sokongan dan DSP Mohd Fami bin Jaafar, Timbalan KJPJKK (KA/KK) serta En Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS.