Seremban, 1 April 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada DSP Nazrul Azuan bin Nazeri, Pegawai Pemerintah Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Lawatan ini turut dihadiri ASP Muhammad Faizal Bin Jamal, Pegawai Penjaga Terup 7A PSP, ASP Junid Bardabi Bin Zakaria Pegawai Penjaga Terup 7B PSP, SJN Muhamad AlHadi Bin Mohd Yusuf - SJN Latihan Unit 7 PSP serta En Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan MBS.