Seremban, 30 Januari 2026 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Majlis Apresiasi Bandaraya (MAB) Majlis Bandaraya Seremban Kali Ke-2 di d’Tempat Country Club, Sendayan. Majlis Apresiasi Bandaraya (MAB) pernah diadakan pada tahun 2024 dan majlis yang diadakan pada hari ini merupakan kali kedua penganjurannya. MAB diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan menghargai sumbangan, komitmen dan dedikasi warga bandar raya Seremban yang telah bersama-sama menjayakan agenda pembangunan bandaraya Seremban merangkumi aspek ekonomi, komuniti dan infrastruktur.  Sebanyak 71 penerima anugerah dengan 29 kategori telah dihargai dalam majlis yang berprestij ini. YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar N.Sembilan telah hadir bersama-sama dengan YABhg. Datin Seri dan turut meluncurkan 3 perkara iaitu :-

i. Pelan Strategik Majlis Bandaraya Seremban 2026–2030 ;
ii. Portal Interaktif Fun Map Seremban, dan
iii. Baju Pelancongan “Pesona Seremban”.

Turut hadir semasa majlis berlangsung ialah YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB Dato’ Muzalmah binti Mustapha Kamal, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, YB Dato’ Masri bin Razali, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan bersama isteri, YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban bersama isteri, Ahli-Ahli Majlis MBS, Tn.Ir.Ts.Br.Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, Barisan Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban serta pengamal media. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan demi kemajuan dan kesejahteraan Bandaraya Seremban.