Isnin, 30 Mac - Dalam usaha memantapkan lagi tadbir urus, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melaksanakan pusingan kerja yang melibatkan pelbagai peringkat jawatan dalaman yang mula berkuatkuasa pada hari ini. Di dalam ucapan YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS beliau menyatakan bahawa MBS telah menyusun semula fungsian kerja bagi memastikan kelangsungan operasi jabatan kekal efisien. Jelas beliau lagi,langkah ini bertujuan mengelakkan pertindihan tugas, mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat selaras dengan tuntutan semasa.  Hadir sama di dalam Majlis Perjumpaan Datuk Bandar MBS sebentar tadi, Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Puan Azura binti Abu Hassan, Pengarah Khidmat Pengurusan MBS, Ketua Jabatan dan Unit serta kakitangan MBS.