Seremban, 3 November 2026 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) merakamkan penghargaan kepada HijraOne, kumpulan nasyid wakil MBS, atas persembahan bertenaga dan penuh penghayatan dalam pertandingan nasyid sempena Festival Kesenian Islam Negeri Sembilan 2026 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Persembahan yang ditampilkan merupakan hasil usaha, latihan dan komitmen tinggi seluruh ahli HijraOne yang telah memberikan yang terbaik di pentas pertandingan. Kesungguhan ini pastinya menjadi kebanggaan MBS dan seluruh warga yang sentiasa menyokong perjalanan kumpulan ini. Semoga segala usaha dan pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat buat HijraOne untuk terus berusaha berkarya dalam seni nasyid dan mengharumkan nama MBS. Teruskan melangkah dan terus berikan yang terbaik. Bersama doakan kejayaan HijraOne!