Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 
SEJARAH PENGAMBILAN PEMBERSIHAN AWAM DAN KUTIPAN SISA PEPEJAL OLEH SWCORP NEGERI SEMBILAN

Pihak SWCORP telah mengambil alih perkhidmatan pembersihan awam dan kutipan sisa pepejal yang sebelum ini dikawalselia oleh Majlis Bandaraya Seremban.

Bermula dengan penubuhan Akta 672 Tahun 2007, sebanyak 7 buah negeri iaitu N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan K.Lumpur dan Putrajaya telah menggunapakai perkhidmatan pihak SWCORP. Negeri Sembilan telah menggunakan perkhidmatan SWCORP bagi kutipan sampah dan sisa pepejal di N.Sembilan mulai 1 September 2011 sehingga kini.

Satu Perjanjian Tripartite telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Seremban pada 14 September 2011 berkuatkuasa selama 22 tahun sehingga 13 September 2033 bagi kutipan sampah dan pengurusan sisa pepejal.

Melalui perjanjian ini, Kerajaan Persekutuan mengambil alih, mengurus dan melaksanakan operasi bagi semua perkhidmatan kutipan sampah dan pengurusan sisa pepejal dalam kawasan Pentadbiran Majlis secara menyeluruh.

Bagi tahun 2022, Majlis telah memperuntukkan hampir RM43 juta setahun bagi Kumpulan Wang Sumbangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Pengurusan Awam untuk kawasan Pentadbiran Majlis merangkumi semua perkhidmatan pembersihan awam seperti berikut :-

📍Pemotongan rumput : 2 kali sebulan

📍Pembersihan longkang : 1 kali sebulan (bagi longkang - monsun 3 bulan sekali)

📍Sapuan jalan : 6 kali seminggu (hanya kawasan perniagaan sahaja)

📍Kutipan sampah domestik / sisa pukal : 2+1 kali seminggu

Sejak pihak SWCORP mengambilalih sepenuhnya, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah dikuatkuasakan. Akta ini bukan sahaja terpakai kepada aktiviti pembersihan awam di luar premis malah di dalam premis yang gagal mematuhi peruntukan / peraturan yang telah ditetapkan.