LAPORAN SEMBURAN NYAHKUMAN (DISINFEKSI) KAWALAN NOVEL CORONAVIRUS COVID -19 DI PASAR BESAR SEREMBAN OLEH JABATAN PEMBERSIHAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN, MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN Tarikh: 12 Jan 2021, Selasa Masa: 2.00 Petang - 5.00 Petang Kerja-kerja semburan nyahkuman selesai dijalankan. Melibatkan kekuatan 3 pekerja, seorang pemandu dan penyelia. Semburan menggunakan lori air dan difokuskan di kawasan yang menjadi tumpuan perkumpulan orang awam dan permukaan yang kerap disentuh seperti "rail" tangga, kaki lima, tombol pintu, "table top" peniaga dan lain lain. Amalkan 3W dan elakkan 3S! Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, pakai pelitup muka pada setiap masa dan elakkan kawasan sesak, kawasan sempit dan sembang dekat! Bersama putuskan rantaian jangkitan COVID-19! |