Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN JALAN JKR

LAPORAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN JALAN JKR OLEH JABATAN PEMBERSIHAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN, MBS

TARIKH : 27/02/2021

HARI : SABTU

MASA : 8.00 pg - 1.00 ptg

LOKASI:

1) Jalan Dato' Bandar Tunggal, Seremban

2) Jalan Tuanku Munawir, Seremban

TUJUAN :

Memenuhi kerja rutin pembersihan jalan JKR bagi memastikan tahap kebersihan Bandaraya Seremban pada tahap terkawal.

Mencegah dan tindakan penyelesaian aduan awam berbangkit.

HASIL PEMANTAUAN:

1) Kerja-kerja pembersihan meliputi sapuan jalan dan penyelenggaraan rumput mula dijalankan pada jam 8:30 pagi.

2) Penyelenggaraan rumput di Jalan Dato Bandar Tunggal bermula dari TNB hingga Maybank.

3) Sapuan pula di Jalan Tuanku Munawir bermula dari KM Plaza sehingga ke Persimpangan lampu isyarat Jalan Lobak.

4) Tugasan melibatkan kekuatan anggota seramai 14 PRA, 3 Pemandu dan 2 Penyelia.

5) Sapuan dan penyelenggaraan rumput meliputi bahu jalan, pembahagi tengah jalan, petak parkir dan sistem saliran.

6) Kenderaan yang ni digunakan :-

-2 Lori "Tipper"-

(NCC 4463)

(NCQ 3329)

-1 Proton Arena -

(NBK 3576)