LAPORAN PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN PASAR MALAM DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN Tarikh : 28 Februari 2021 @ Ahad Masa : 4.00 Petang - 10.00 malam Lokasi : Pasar Malam Mantin Tujuan : - Memastikan peniaga/ pengunjung pasar malam melaksanakan SOP operasi pasar malam yg ditetapkan oleh MBS yg bertujuan mencegah penularan covid-19 lanjutan dari kelonggaran beberapa sektor ekonomi yg diputuskan oleh kerajaan. Hasil Pemeriksaan :- 1. Pihak perniaga dan pengunjung telah patuh dengan SOP yang telah ditetapkan. 2.Seramai enam (6) orang petugas JPKP telah ditugaskan untuk memastikan pengunjung merekod maklumat diri di 2 pintu masuk ke pasar malam. 3.Aplikasi Qr Code My Sejahtera telah disediakan bagi kegunaan pengunjung. 4.Seramai 10 orang anggota JUUP ditugaskan bagi mengawal keadaan di keseluruhan kawasan pasar malam. 5.Hasil pemeriksaan mendapati seramai 41 orang peniaga telah hadir pada hari ini dan berlesen dengan MBS. 6.Seramai 941 orang pengunjung di catatkan hadir pada hari ini.
|