BENGKEL TRANSFORMASI KELULUSAN PELAN PEMAJUAN SIRI 1/2023

Seremban, 12 September 2023 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir ke Bengkel Transformasi Kelulusan Pelan Pemajuan Siri 1/2023 di Klana Resort Seremban.

Bengkel ini adalah lanjutan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Transformasi PBT - "Ease Of Doing Business" bersama PBT rintis yang telah diadakan pada 9 Ogos 2023 yang lalu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bagi cadangan penambahbaikan dan pengukuhan kecekapan proses serta prosedur kelulusan pelan pemajuan.
10 PBT yang telah dipilih sebagai PBT rintis adalah seperti berikut :

1.  Majlis Bandaraya Seremban
2.  Majlis Bandaraya Ipoh
3.  Majlis Bandaraya Kuantan
4.  Majlis Bandaraya Seberang Perai
5.  Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
6.  Majlis Perbandaran Klang
7.  Majlis Perbandaran Kubang Pasu
8.  Majlis Perbandaran Kulai
9.  Majlis Perbandaran Pengerang
10. Majlis Daerah Tanjong Malim

Turut hadir semasa bengkel diadakan ialah Ar. Zuhairi bin Manaf Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), En. Zahid bin Ismail Timbalan Ketua Pengarah Malaysia Productivity Corporation (MPC),Ar. Mohamad Nazli bin Ramli Pengarah Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan Jabatan Kerajaan Tempatan dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Unit MBS.

BENGKEL TRANSFORMASI KELULUSAN PELAN PEMAJUAN SIRI 1/2023 BENGKEL TRANSFORMASI KELULUSAN PELAN PEMAJUAN SIRI 1/2023