Rabu, 8 April - YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Tn Jasyindar Singh A/L Jaimal Singh, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan baru - baru ini. Lawatan ini bertujuan meningkatkan kerjasama di antara kedua - dua jabatan. Sementara itu, kunjungan ini juga pertama kali diadakan oleh Tn Jasyindar kerana beliau baru sahaja melapor diri sebagai Pengarah JPJ N.Sembilan pada awal tahun ini. Hadir sama Tn Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, En Hanizam bin Ahmad Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS serta barisan pegawai kanan JPJ Negeri Sembilan.