Seremban, 14 Julai 2023 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir menyaksikan dan menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sempena perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Piala Datuk Bandar MBS 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
 
Finalis pada edisi kali ini ialah pasukan Taman Dusun Nyior dan MBS A. Taman Dusun Nyior yang merupakan juara pada edisi lalu terpaksa akur dengan keputusan perlawanan yang berpihak kepada MBS A dengan keputusan penuh perlawanan Taman Dusun Neo 0-3 MBS A.
 
Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan yang baik serta semangat kesukanan yang ditampilkan oleh pemain dan kehadiran penyokong yang pada malam itu sememangnya satu perkara yang dapat diberikan pujian pada penganjuran edisi kali ini. Tahniah diucapkan kepada kesemua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
 
JUARA : MBS A
NAIB JUARA : TAMAN DUSUN NEO
KETIGA : MBS B
KEEMPAT : TAMAN SRI SENAWANG
 
MOTM : KUGANEISHVARAN A/L MANOHARAN (MBS A)
PENJAGA GOLTERBAIK : MUHAMMAD HAMKA BIN DAUD (MBS A)
PENJARING TERBANYAK : THANARAJ A/L PALANIVELU (TAMAN SRI SENAWANG)
ANUGERAH FAIR PLAY : MBS A
 
bola piala ydp mbs