Keberangkatan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud Ke Luna Light Wonderland 2023

Seremban, 1 September 2023 - DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan berangkat mencemar duli ke Luna Light Wonderland 2023 di Taman Malaysia.

Turut hadir YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan bersama isteri, YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali Datuk Bandar MBS, YB Dato' Muzalmah bt Mustapha Kamal Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, Puan Suhana bt Suratman Pengarah RTM Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit MBS serta pegawai-pegawai MBS.

Majlis menjemput warga bandar raya Seremban dan yang berada di sekitarnya untuk merasai pengalaman melihat sendiri keunikan dan keindahan lampu LED menghiasi taman rekreasi yang berkeluasan 10 ekar pada waktu malam sehingga 24 September 2023. Tiket berharga RM15.00 bagi orang dewasa dan RM8.00 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh didapati di pintu masuk.

Lunar Light Wonderland 2023 Lunar Light Wonderland 2023