Seremban, 4 Februari 2023 - YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan majlis penutup Kejohanan Olahraga Pihak Berkuasa Tempatan 2023 N.Sembilan yang diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi siang tadi.
 
Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Seremban sempena ulangtahun ke-3 Majlis Bandaraya Seremban dan telah disertai oleh seluruh PBT di Negeri Sembilan. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara PBT.
 
Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Tuan Mohamad Najib bin Mustafa Yang DiPertua Majlis Daerah Rembau, wakil-wakil dari SUK, MPPD, MD Jempol, MD Jelebu, MD Kuala Pilah, MD Tampin dan ketua-ketua Jabatan MBS.
 
Majlis juga mengucapkan tahniah kepada pemenang berikut yang telah mencipta rekod pada kejuaraan kali ini :-
?Raja pecut @ olahragawan terbaik : Zamri Bin Johar, MDTampin
?Ratu pecut @ olahragawati terbaik : Malini Binti Nordin, MBSeremban
 
Majlis Bandaraya Seremban ingin mengucapkan terima kasih kepada semua PBT Negeri Sembilan yang telah menyertai program pada hari ini dan tidak lupa juga Persatuan Olahraga Negeri Sembilan di atas kerjasama menganjurkan program kali ini.
 
Olahraga

Olahraga