Seremban, 8 Mac 2023 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada IJM Land di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk pihak IJM Land memberi penerangan mengenai hala tuju perniagaan pembangunan IJM Land di Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah TPr. Haji Nazri bin A.Ghani, Pengarah Perancangan Pembangunan MBS dan Puan Norita bt Bakri, Ketua Unit OSC, MBS.

img

img