YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan Tn. Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah melawat ke Singgah Seni Kuala Pilah selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Yamtuan Radin, Kuala Pilah dalam perjalanan pulang dari menyampaikan 2 buah kenderaan Majlis Bandaraya Seremban yang berusia 19 tahun kepada Pusat Giat Mara Tampin di Pasir Besar untuk dijadikan bahan latihan pada hari yang sama.

Lawatan ini adalah untuk melihat Mural Stesen Bas Kuala Pilah yang dijadikan sebagai ‘Art Street’ oleh Majlis Daerah Kuala Pilah untuk mencantikkan Pekan Pilah dan seterusnya menjadi tempat tarikan pelancong mengambil gambar.

Selain itu, lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada Majlis Daerah Kuala Pilah agar sektor pelancongan Negeri Sembilan dapat sama-sama ditingkatkan selepas Negeri Sembilan memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

YBhg. Datuk Bandar sempat berjumpa dengan En. Zaki a.k.a Zorro iaitu pelukis yang terlibat dengan penghasilan mural tersebut. Setiap lukisan yang dibuat menggambarkan kebudayaan, produk dan kawasan pelancongan di Kuala Pilah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Daerah Kuala Pilah.
 

LAWATAN KE SINGGAH SENI KUALA PILAH
 
LAWATAN KE SINGGAH SENI KUALA PILAH