Seremban, 23 Februari 2023 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah bersama-sama menghadiri ke Masjid Kariah Mambau, Taman Mambau Baru Seremban malam semalam bagi majlis bacaan Yassin sempena ulang tahun ke 3 Majlis Bandaraya Seremban.

Selain dapat mengimarahkan masjid-masjid di sekitar Seremban, ianya juga dapat menjaga hubungan baik di antara MBS dan kariah yang terlibat dalam membincangkan berkenaan hal-hal yang berkaitan di kawasan qariah.

Turut hadir pada malam tadi, Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Pengarah-pengarah Jabatan MBS, Ketua-ketua Unit MBS dan warga kerja Majlis Bandaraya Seremban.

img
img
img
img
img
img