Seremban, 20 Mac 2023 - YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar & Bandar Rendah Karbon Seremban 2027, dan Pelan Tindakan Khas Pembaharuan Semula Pekan Nilai serta Kenderaan Micro E-Scooter BEAM di Klana Resort Seremban.

Tujuan majlis pelancaran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan publisiti kepada agensi-agensi, stakeholder dan warga bandaraya Seremban. Pelan Tindakan ini, amat penting sebagai panduan kepada PBT, agensi dan pihak berkepentingan bagi memandu arah perancangan dan pembangunan agenda bandar pintar dan bandar rendah karbon dalam menangani cabaran perbandaran.

MBS berharap Dua (2) Pelan Tindakan ini, mampu memberi perspektif yang positif terhadap Majlis Bandaraya Seremban serta dapat menyuntik sinergi pelaburan dan pengurusan yang komprehensif serta tadbir urus bandar yang mampan. Seterusnya dapat menarik lebih banyak pemegang taruh daripada dalam dan luar negara untuk melabur ke kawasan Daerah Seremban.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan, PLANMalaysia YBrs. TPr Md. Nazri bin Abdullah, Pengarah PLANMalaysia Negeri Sembilan& Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan.

img

img

img