Seremban, 13 April 2023 - YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Dewan Komuniti Taman Coral Heights awal pagi tadi di Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat, Seremban.

Dewan Komuniti Taman Coral Heights dibina melalui peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM dan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Negeri Sembilan berjumlah RM4.0 juta dan dewan ini berkeluasan 1,845 meter persegi serta berkapasiti 800 orang. Dewan ini mempunyai kemudahan seperti berikut :-

📌 Bilik mesyuarat
📌 Pejabat
📌 Bilik persalinan
📌 Bilik alatan
📌 Pentas
📌 Tandas lelaki, wanita dan OKU
📌 Empat gelanggang badminton
📌 Gelanggang futsal
📌 83 unit tempat letak kereta
📌 33 unit tempat letak motosikal
📌 berhawa dingin

Majlis Bandaraya Seremban berharap dengan adanya dewan komuniti baharu ini penduduk sekitar dapat beridah dengan selesa dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Majlis meminta warga bandar raya Seremban dapat menjaga fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya.

Majlis Penyerahan Dewan Majlis Penyerahan Dewan
Majlis Penyerahan Dewan Majlis Penyerahan Dewan
Majlis Penyerahan Dewan Majlis Penyerahan Dewan
Majlis Penyerahan Dewan Majlis Penyerahan Dewan