Seremban, 28 Februari 2023 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program MySkills Majlis Bandaraya Seremban bersama Giatmara Negeri Sembilan di Dewan MBS Jalan Yamtuan.
Seramai 87 orang peserta hadir mengikuti  beberapa kursus iaitu penyediaan kek dan roti, penyediaan biskut (pelbagai), menggunting rambut lelaki, asas penyelenggaraan & membaikpulih telefon bimbit, asas pendawaian elektrik dan juga asas penyelenggaraan sistem penyaman udara & penghawa dingin.
Turut hadir ialah En. Mohd Sadzilan bin Mohd Saat (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan dan Kewangan Giatmara), En. Suhaini Hazli bin Abu Bakar (Pengarah Giatmara Negeri Sembilan), Ahli-Ahli Majlis MBS, Tn. Mas Midyawan bin Yahya (Setiausaha MBS), Ketua-Ketua Jabatan & Ketua Unit MBS serta pegawai-pegawai MBS.

1

1

1

1

1

1