Seremban, 8 Mei 2026 - Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah menyampaikan surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2025 kepada 106 pegawai Majlis Bandaraya Seremban yang telah diadakan di Ruang Dato’ Dagang Paroi dan Dato’ Muda Labu, Wisma Majlis Bandaraya Seremban. Majlis pada hari ini merupakan satu bentuk pengiktirafan tertinggi Majlis Bandaraya Seremban kepada warga kerjanya yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, komitmen yang tinggi serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tanggungjawab. Turut hadir, Puan Azura binti Abu Hassan, Pengarah Khidmat Pengurusan, MBS serta Ketua - Ketua Jabatan dan Ketua - Ketua Unit, MBS.