Seremban, 11 Februari 2023 - YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menghadiri Program Lawatan Kemasyarakatan Bersama Asosansi Dosen Akauntasi Indonesia (ADAI) dan Majlis Bandaraya Seremban di Pentas Budaya hari ini.

ADAI telah berada di Daerah Seremban semenjak 10 Februari 2023 bagi melawat tempat-tempat menarik di sekitar kawasan dalam Daerah Seremban seperti Masjid Sri Sendayan dan Lorong Seni.

Turut hadir semasa program diadakan ialah Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Ketua Jabatan & Ketua Unit MBS dan pegawai-pegawai MBS. Terima kasih diucapkan kepada ADAI kerana datang ke Daerah Seremban.

img
img
img
img
img
img