Seremban, 21 Februari 2023 – YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan program penyerahan siap projek penyenggaraan kepada Perbadanan Pengurusan (MC) Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Bukit Berlian (A & B) dan (C & D), Pangsapuri Seroja / Kasturi dan Rumah Pangsa Taman Bunga Blossom.

Penyerahan siap projek ini merangkumi kerja-kerja menukar bumbung di Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Bukit Berlian (A & B) dan (C & D) dan Rumah Pangsa Taman Bunga Blossom. Manakala, Pangsapuri Seroja/Kasturi melibatkan kerja-kerja membaiki “gutter & downpipe”.

Penyerahan siap projek ini bertujuan untuk memberikan penekanan kepada pihak perbadanan pengurusan sebagai pihak yang bertanggungjawab di dalam kawasan pemajuan berstrata agar menjaga penyenggaraan bangunan berstrata.

Turut hadir, YB Chew Seh Yong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap ADUN Kawasan Lobak, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS, Ketua Jabatan/Unit MBS dan Pegawai/Kakitangan MBS.

img
img
img
img