Seremban, 9 Februari 2023 - YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mempengerusikan Sesi Libat Urus (SLU) Biro Pengaduan Awam (BLA) Bersama Majlis Bandaraya Seremban di Bilik Klana Petra, Wisma MBS.

Sesi ini telah dihadiri oleh En.Kamalazira bin Pauzi Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, En. Sri Ram a/l Letchimanan Pengarah Aduan BPA, Puan Joanna A/P Jayaprakash@Wilfed Pengarah BPA Melaka/N.Sembilan, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Ketua Jabatan & Ketua Unit MBS, pegawai-pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) N.Sembilan, pegawai-pegawai daripada SWCORP N.Sembilan dan SWM.

SLU ini adalah bertujuan untuk membincangkan aduan berkaitan dengan agensi terlibat. Turut diadakan adalah lawatan tapak ke lokasi aduan.

img

img

img

img