Seremban, 2 Februari - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melaksanakan sesi pendaftaran peniaga - peniaga Bazar Aidilfitri di Wisma MBS sebentar tadi. Sesi yang dilaksanakan hari ini dihadiri oleh para peniaga yang ingin berniaga di Bazar Aidilfitri, Dataran Senawang dan berjalan dengan lancar dan harmoni. Ybhg. Dato' Ir.Ts. Hj Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS turut turun memantau pelaksanaan sessi pendaftaran dan turut beramah mesra dalam membantu sebarang persoalan yang ditimbulkan oleh peniaga. Mohd Zin, 54 yang ditemui berkata, pelaksanaan Bazar Aidilfitri yang dilaksanakan oleh MBS membuktikan ketelusan dalam membantu peniaga-peniaga. " Saya berasa pelaksanaan ini pasti memuaskan,memandangkan semua pihak dapat manfaat daripada pelaksanaan Bazar ini" ujarnya. Sementara itu , Mimi,43 berkata perjalanan sesi pendaftaran ini berjalan dengan lancar dan teratur. " Pendaftaran pagi ini berjalan dengan lancar dan tidak mengambil masa yang lama. " Saya pernah menyertai Bazar Aidilfitri yang dilaksanakan oleh MBS pada beberapa tahun yang lepas. Pelaksanaanya sangat baik dan sangat membantu peniaga -peniaga kecil seperti kami ini' jelasnya. Hadir sama Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, En. Hanizam bin Ahmad, Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Komunikasi Korporat MBS dan pegawai - pegawai MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





