Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan melaksanakan Sistem Semakan Bayaran Pembekal (SSBP) berkuat kuasa mulai Mac 2026.

Sistem ini boleh diakses melalui pautan berikut:
�� https://ssbp.mbs.gov.my

Tujuan Pelaksanaan Sistem

Pelaksanaan SSBP adalah bertujuan untuk:

  1. Menerima invois pembekal secara berpusat di kaunter Majlis bagi memastikan proses penerimaan lebih teratur dan sistematik.

  2. Membolehkan pembekal membuat semakan status bayaran secara dalam talian dengan lebih cepat, mudah dan telus tanpa perlu hadir ke pejabat.

Manfaat Kepada Pembekal

  • Proses semakan bayaran yang lebih efisien
  • Mengurangkan pertanyaan secara manual melalui telefon atau kaunter
  • Meningkatkan ketelusan dan kecekapan pengurusan kewangan

Manual Pengguna

Manual pengguna boleh dimuat turun melalui pautan berikut : Manual Pengguna Sistem Semakan Bayaran Pembekal 

Sehubungan itu, semua pembekal yang berurusan dengan MBS adalah dimohon untuk menggunakan sistem ini bermula tarikh kuat kuasa yang dinyatakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak Jabatan Kewangan MBS di talian 06 – 765 4371 / 4344