Seremban, 21 & 23 Julai 2026 – Alhamdulillah, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menghantar dua kumpulan bagi menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Arena Premier Boutique Hotel, Seremban. Dua kumpulan yang mewakili MBS ialah Kumpulan ASRANOVA daripada Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan dengan projek AO-45 (Dokumen Kebenaran Operasi Sementara) serta Kumpulan URBANIST TITANS daripada Jabatan Perancang Pembangunan dengan projek IMPAK (Integrasi Pemantauan Permohonan Kebenaran Merancang Perubahan Material). Penyertaan ini membuktikan komitmen MBS dalam membudayakan inovasi dan kreativiti sebagai pemangkin kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta kecekapan organisasi. Majlis Bandaraya Seremban merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua ahli kumpulan atas dedikasi, komitmen dan usaha gigih yang telah dipamerkan sepanjang pertandingan. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan serta menjadi inspirasi dalam memperkasakan budaya inovasi demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |


















