Port Dickson, 12 - 14 Mei 2026 - Majlis Bandaraya Seremban melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan telah mengadakan Bengkel Pelan Pembangunan Komuniti (PPK) Majlis Bandaraya Seremban 2027 - 2030 Siri 1 di Thistle Port Dickson Resort. Idea pelaksanaan pelan ini tercetus rentetan daripada hasrat YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban untuk membangunkan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat Daerah Seremban 2027 - 2030.

Pentadbiran Majlis menjadikan Dasar Komuniti Negara sebagai asas perancangan pelan ini yang merangkumi lapan kluster seperti ketetapan berikut :
1. Kluster 1 : Infrastuktur Dan Penyelenggaraan
2. ⁠Kluster 2 : Kebersihan, Alam Sekitar Dan Kesihatan
3. ⁠Kluster 3 : Keselamatan
4. ⁠Kluster 4 : Pendidikan Dan Kemahiran
5. ⁠Kluster 5 : Keprihatinan Terhadap Kanak - Kanak, Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Wanita, Ibu Tunggal dan Daif
6. ⁠Kluster 6 : Keusahawanan Dan Perniagaan
7. ⁠Kluster 7 : Perkhidmatan Sosial
8. ⁠Kluster 8 : Sukan Dan Rekreasi

Turut hadir barisan Ahli Majlis MBS, beberapa pegawai kerajaan daripada pelbagai agensi dan beberapa Pengarah Jabatan / Ketua Unit / Pegawai MBS. Pentadbiran Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga Pelan Pembangunan Komuniti (PPK) Majlis Bandaraya Seremban 2027 - 2030 ini dapat direalisasikan demi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Seremban.