Seremban, 26 Ogos 2026 – YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah menerima kunjungan daripada YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sembilan dan MBS, selain menjadi ruang untuk bertukar pandangan berhubung perkara-perkara semasa yang berkaitan dengan pentadbiran serta pembangunan negeri. Pertemuan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh usaha bersama dalam memastikan agenda pembangunan Negeri Sembilan dapat terus dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan masyarakat.
![]() |
