Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban merangkap Timbalan Presiden, Persatuan ALUMNI Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melepaskan 15 peserta Program Ekspedisi Sambutan Dekad Legasi UTM Everest 2016-2026 bersama  Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, Naib Canselor UTM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi. Program ini adalah  anjuran Persatuan Alumni UTM (PAUTM) itu bertujuan menghidupkan semula naratif perjuangan anak muda tempatan yang pernah mengharumkan nama universiti dan negara di persada global. Program yang dilaksanakan juga adalah mengimbau kembali kejayaan UTM yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dari arah Tibet pada tahun 2016.  Hadir sama barisan pengurusan tertinggi UTM, Jawatankuasa PAUTM, ahli keluarga peserta serta kakitangan UTM.