Ampangan, 25 Mei 2026 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah sempat menyantuni para peniaga di Benteng Ampangan semalam. Dalam pada itu, beliau juga sempat melakukan tinjauan di sekitar medan selera berkenaan dan mendengar beberapa keluhan dan cadangan yang dikemukan oleh para peniaga. Menurut Datuk Bandar, beliau mengharapkan kerjasama yang erat diantara para peniaga di Benteng Ampangan dalam memajukan lagi medan selera ini yang merupakan nadi utama masyarakat di sekitar Ampangan. Hadir sama, En Abdul Malek bin Adam, Ahli Majlis MBS, Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Pn. Nurhidayah binti Zainuddin, Timbalan Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Usahawan dan En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS serta kakitangan MBS.