DATUK BANDAR MBS TERIMA SIJIL PENGHARGAAN REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) DARIPADA KETUA SETIAUSAHA NEGARA
Nilai, 23 Ogos 2025- MBS telah menerima Sijil Penghargaan Reformasi Kerenah Birokrasi daripada bagi projek MBS Fast Lane For You (FLY). Sijil penghargaan ini disampaikan oleh Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar , Ketua Setiausaha Negara kepada YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS. Projek MBS Fly ini merupakan inisiatif mempercepatkan kelulusan permit pembinaan dan lesen operasi kepada pelabur daripada 12 bulan kepada 3 bulan. Majlis penghargaan ini diadakan pada Program Madani Rakyat 2025 Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Hadir sama Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri & Daerah serta Ketua-ketua Jabatan Unit daripada MBS. Tahniah dan Syabas MBS!!