Seremban, 6 Julai 2026 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Tabung Haji di Pejabat Datuk Bandar Wisma MBS . Delegasi Lembaga Tabung Haji yang diketuai oleh Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil Pengurus Wilayah Selatan telah hadir bagi memperkukuhkan lagi hubungan 2 hala antara MBS dan Lembaga Tabung Haji. Turut hadir ialah Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, Tn. Haji Hanapi bin Idris Pengurus Cawangan Lembaga Tabung Haji Seremban, Puan Azura binti Abu Hassan Pengarah Khidmat Pengurusan MBS dan Tn. Haji Ahmad Faizal bin Omar Ketua Pemasaran Lembaga Tabung Haji.