Seremban, 5 Jun 2026 - Seawal jam 7.30 pagi tadi YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyantuni pengadu di Megaway Sikamat bagi meninjau isu aduan berkaitan isu perparitan. Dalam pada itu, kerja-kerja pembaikan telah selesai dilaksanakan oleh MBS. Majlis Bandaraya Seremban mengucapkan terima kasih kepada warga bandar raya Seremban yang sentiasa cakna terhadap isu yang berlaku disekeliling anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan / cadangan / aduan, boleh kemukakan melalui SISPAA MBS melalui pautan ini : mbseremban.spab.gov.my atau muat turun aplikasi Repons Rakyat secara percuma.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



