Isnin, 6 Julai 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS)  komited di dalam usaha memperkasakan peniaga-peniaga kecil di Seremban. Sehubungan itu, satu perjumpaan bersama peniaga telah diadakan oleh Ybhg Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin,  Datuk Bandar MBS di Kompleks Pasar Awam Taman Seremban Jaya sebentar tadi. Di dalam perjumpaan ini beberapa perkara dibincangkan seperti penempatan semula penjaja kecil dan pemberian lesen kepada peniaga yang mematuhi syarat ditetapkan oleh MBS. Datuk Bandar sempat juga melawat sekitar pasar berkenaan dan beberapa kerja - kerja penambaihbaikan perlu dilaksanakan segera. Hadir sama Pn. Jamilah binti Said Ali, Ahli Majlis MBS, Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Tn. Hj. Mohd Lotffee bin Haji Abdullah,  Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MBS,  Tn. Hanizam bin Ahmad, Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS,  dan En.Shamaruddin bin Saidin, Ketua Perhubungan Korporat MBS serta pegawai - pegawai MBS.