Seremban, 25 April 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 serta Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 SMK Taman Tuanku Jaafar. Penghargaan diberikan kepada Tuan Dr. Mohamed Faidz bin Mohamed Said selaku YDP PIBG SMK TTJ, En. Md Sa’at bin Atan, Pengetua Cemerlang SMK TTJ, serta seluruh barisan guru dan ibu bapa atas komitmen padu dalam menjayakan mesyuarat ini dengan lancar. Tidak dilupakan, kejayaan cemerlang para pelajar SMK TTJ dalam SPM 2025 menjadi bukti usaha gigih dan dedikasi yang berterusan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan serta terus mengharumkan nama sekolah, keluarga dan negeri.  Majlis ini turut dihadiri, Datuk Iskandar bin Sarudin , Pengerusi JT Green Tech Sdn. Bhd dan En Mohd Rizal bin Haji Shamsudin, Naib YDP PIBG SMK TTJ. Dalam pada itu, YBhg. Datuk Bandar turut berkesempatan melawat sekitar kawasan sekolah untuk menangani isu-isu aduan yang dilaporkan oleh Tuan Pengetua SMK TTJ.