Seremban, 6 Jun 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah meluangkan masa hadir meninjau dan menyantuni pengunjung pada minggu pertama Program Moh Nonggok Kek Somban yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh keceriaan. Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat membuktikan program ini terus menjadi tarikan warga Seremban untuk beriadah, menikmati pelbagai juadah serta mengeratkan hubungan komuniti dalam suasana yang selamat dan harmoni. MBS merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Moh Nonggok Kek Somban yang diadakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |




