Datuk Bandar Tinjau Kemudahan Benteng Ampangan dan Projek Dewan Komuniti Ampangan
Seremban, 1 Oktober 2025 - Satu lawatan ke kemudahan Benteng Ampangan dan Dewan Komuniti Ampangan telah diadakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama-sama dan En. Abdul Malek bin Adam, Ahli Majlis MBS. Meskipun hujan, Datuk Bandar tetap meninjau ke beberapa kawasan bagi melakukan pemantauan berkala berkaitan penyelenggaraan dan progres projek di Dewan Komuniti Ampangan. Hadir sama, En. Mohd Lotffee bin Hj Abdullah, Pengarah Perlesenan dan Pembangunan Usahawan MBS, En. Nuh Nurul Mushawwir bin Abdul Aziz, Ketua Jurutera MBS, En. Muhammad Zaki bin Mahussin, Ketua Seksyen Kejuruteraan,Jabatan Penyelenggaraan MBS.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





