Ahad, 12 Julai 2026 - Komitmen menyantuni penduduk dan mendengar keluhan rakyat terus dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban menerusi Sesi Libat Urus Komuniti Seremban 2 berhubung pembangunan padang sintetik di sini. Sesi ini yang diketuai oleh Ybhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah mewujudkan persefahaman diantara MBS,operator dan komuniti sekitar. Menurut beliau, pembangunan padang sintetik ini bertepatan dengan pembangunan Bandaraya yang turut melihat pembangunan sukan sebagai satu medium kesejahteraan Bandar dan perpaduan antara semua. " Pada peringkat pemulaan mungkin ada beberapa isu setempat yang kita perlu tangani secara berhemah agar mewujudkan prinsip menang - menang antara dua pihak. "MBS komited dalam mendengar keluhanan penduduk dan sentiasa terbuka mendengar dan mencari penyelesaian terbaik, " ujarnya. Jelasnya lagi, dalam pembangunan padang ini kita perlu melihat 'big picture'. Padang ini bakal melahirkan pemain-pemain lagenda negara seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh,Soh Chin Ann dan ramai lagi. Hadir sama YB Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi JK Bertindak Pelancongan NS merangkap Mantan ADUN Bukit Kepayang, Tn.Hj Mohd Lotffee bin Abdullah, En. Hanizam bin Ahmad,  Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, En.Shamaruddin bin Saidin, Ketua Perhubungan Korporat MBS dan barisan pegawai MBS.