Seremban, 6 Julai 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) terus mempergiatkan usaha mengindahkan Bandaraya Seremban. Oleh itu, satu projek pengindahan sedang dilaksanakan melibatkan kerja-kerja menaik taraf dan menceriakan ruang bawah jejambat di Jalan Sungai Ujong. Projek ini merupakan satu mercu tanda bandar melalui pemasangan mural bertemakan warisan, budaya dan identiti Negeri Sembilan. Projek turut merangkumi penambahbaikan landskap bagi mewujudkan persekitaran yang lebih menarik, selamat dan mesra pengguna pada waktu siang dan malam. YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS, sempat turun meninjau pelaksanaan projek yang sedang dilaksanakan kini. Ujar beliau, projek ini merangkumi penyediaan dan pengecatan mural pada struktur jejambat termasuk tiang, rasuk dan permukaan berkaitan. “Kerja-kerja landskap lembut kejur seperti penanaman rumput dan kemasan hardscape di kawasan bawah jejambat turut dilaksanakan bagi mengindahkan lagi lokasi ini” jelasnya lagi. Hadir sama Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof,  Setiausaha MBS, En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Perhubungan Korporat serta pegawai - pegawai dari Jabatan Taman dan Landskap MBS.