Seremban, 18 Julai 2026 – Wisma MBS telah menjadi lokasi Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-16 bagi kawasan P.128 Parlimen Seremban yang melibatkan N.09 Lenggeng, N.10 Nilai, N.11 Lobak, N.12 Temiang, N.13 Sikamat dan N.14 Ampangan. YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya, telah menyempurnakan urusan penamaan calon bagi keenam-enam kawasan DUN tersebut dengan dibantu oleh Penolong Pegawai Pengurus, pegawai-pegawai MBS, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus memastikan keseluruhan proses berlangsung dengan lancar, teratur dan mengikut tatacara yang ditetapkan. Sepanjang proses penamaan calon berlangsung, setiap calon hadir bersama pencadang dan penyokong masing-masing bagi mengemukakan kertas penamaan calon dalam suasana yang aman, tertib serta mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang bertanding. Semoga Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-16 berlangsung dengan aman, telus dan penuh semangat demokrasi.