Jelebu, 20 dan 21 Oktober 2026 - Majlis Bandaraya Seremban melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan telah mengadakan Kem Tunas Insani 2026 di Kem D’ Agroloka, Jelebu. Program ini juga merupakan anjuran bersama SKUAD Antidadah Daerah Seremban dan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Seremban. Seramai 60 pelajar daripada 20 sekolah rendah sekitar Seremban telah terpilih untuk menghadiri program ini.  Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memperkasa jati diri dan nilai sahsiah pelajar, sekali gus membina benteng ketahanan diri yang ampuh dalam menghadapi cabaran penularan gejala sosial serta penyalahgunaan dadah pada masa kini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah antidadah, latihan dalam kumpulan, aktiviti lasak dan aktiviti kerohanian. Majlis perasmian telah diadakan pada 20 Oktober 2026, Selasa dan disempurnakan oleh Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan MBS yang mewakili YBhg. Datuk Bandar MBS. Turut hadir Puan Norzulaika binti Mansor, Penolong Pengarah, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan, Encik Airul Anwar bin Abdul Aziz Timbalan Pegawai Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Daerah Seremban, Puan Sarimah @ Sarizah binti Sis, Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Seremban dan Encik Mohd Fakhrul Syafiq bin Sharifuddin, yang mewakili Pengerusi, SKUAD Antidadah Daerah Seremban Semoga pelaksanaan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memperkasa nilai positif peserta dalam menjalani kehidupan seharian.