INSIDEN KEMALANGAN MELIBATKAN SEORANG PENUNGGANG MOTOSIKAL DI JALAN PERSIARAN RASAH KEMAYAN

Majlis telah menerima laporan mengenai satu kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal di Jalan Persiaran Rasah Kemayan pada 25 April 2021 di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban.

Pihak Majlis telah menerima permohonan daripada penduduk Rasah Kemayan untuk memasang bonggol di Jalan Persiaran Rasah Kemayan memandangkan jalan tersebut sering berlaku kemalangan yang berpunca daripada kenderaan yang dipandu laju.

Kerja-kerja memasang bonggol jalan di Persiaran Rasah Kemayan telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh Pihak Majlis pada 23 April 2021 yang lalu.

Setelah menjalankan siasatan pihak Majlis mendapati bahawa terdapat ketidakpatuhan daripada pihak kontraktor kerana tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan sistem pengurusan trafik (traffic management system) di tapak pembinaan.

Majlis telah mengambil tindakan segera dengan membuka binaan bonggol pada 25 April 2021 dan telah mengenakan tindakan amaran kepada kontraktor. Untuk makluman juga, projek ini telah diinsurankan oleh pihak kontraktor.

Majlis amat bersimpati di atas kemalangan yang telah berlaku dan akan memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak sentiasa dijalankan dengan pengawasan yang rapi mengikut piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan untuk menjamin keselamatan kesemua pengguna jalan raya.

-TAMAT –

DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

27 April 2021

#kitajagakita
#BandarayaSeremban
#MampanBersihSejahtera