Kuantan, 24 Mei 2026 - Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan nasyid Majlis Bandaraya Seremban (MBS), HijraOne atas kejayaan meraih Naib Johan serta Anugerah Persembahan Terbaik dalam Pertandingan Nasyid Kontemporari Festival Keseniaan Islam MAKSAK (FKIM) 2026 di Kuantan, Pahang. Meskipun ini merupakan penampilan sulung HijraOne di pentas FKIM dengan mewakili MAKSAK Negeri Sembilan, HijraOne berjaya membuktikan kemampuan dan kualiti persembahan menerusi pencapaian membanggakan yang diraih. Kejayaan ini adalah hasil usaha, komitmen, semangat berpasukan serta dedikasi seluruh anggota HijraOne dalam mengharumkan nama Majlis Bandaraya Seremban dan Negeri Sembilan di pentas MAKSAK 2026. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut diucapkan kepada YBhg. Datuk Bandar MBS, Tuan Setiausaha MBS, Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS, Yang dipertua Badan Kebajikan Islam MBS, Pengerusi Kelab Kebajikan & Rekreasi MBS serta pihak Pengurusan & Kejurulatihan MBS yang terlibat atas sokongan dan dorongan sepanjang penyertaan ini. Tahniah juga diucapkan kepada kontinjen MAKSAK Negeri Sembilan serta seluruh peserta dari negeri-negeri lain yang turut berjaya di FKIM 2026. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















