Seremban, 11 Ogos 2026 - Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan daripada delegasi IMT-GT bagi pelaksanaan Green Cities Action Plan yang melibatkan bandaraya Seremban. Satu mesyuarat koordinasi telah diadakan melibatkan beberapa jabatan dalaman MBS beserta agensi teknikal luar yang telah dipengerusikan oleh Tuan Ir. Ts. Brs. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS. Lawatan teknikal seterusnya telah diadakan pada 12 Ogos 2026 melibatkan pihak IMT-GT dab pegawai-pegawai MBS ke Pusat KITARecycle MBS, Ladang Solar Kuala Sawah dan Ajinimoto (M) Berhad bagi melihat kaedah pelaksanaan yang menyumbang kepada pelaksanaan bandar hijau di bandar Seremban. Lawatan ini diketuai oleh TPr. Haji Nazri bin A. Ghani, Pengarah Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Seremban. Seremban Destinasi Pembangunan, Inspirasi Kehidupan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |









