Seremban, 4 Jun 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ Gunasekaran a/l Palasamy, ADUN Seremban Jaya pada hari ini di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Pertemuan ini adalah bagi membincangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi isu peniaga di Taman Sri Mawar, Senawang.  Turut hadir semasa perbincangan ini diadakan ialah Puan Jamilah binti Said Ali Ahli Majlis MBS, En. Hairulazmi bin Mohd Ali Timbalan Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS dan Puan Nurhidayah binti Zainuddin Timbalan Pengarah Pembangunan Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS.