Seremban, 21 Ogos 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Cawangan Seremban di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS.Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan organisasi serta berkongsi aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh ANULAE Cawangan Seremban yang diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Md Radzali, Pengerusi ANULAE Cawangan Seremban. Turut hadir ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS dan Puan Azura binti Abu Hasan, Pengarah Khidmat Pengurusan MBS.