Seremban, 21 Ogos 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan delegasi PBBM ini diketuai Encik Mohamad Fairol bin Saliken, Ketua Pegawai Eksekutif PBBM bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara PBBM dan MBS, khususnya dalam meneroka peluang kolaborasi yang berpotensi memberikan nilai tambah dan manfaat bersama. Turut hadir ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS dan Puan Nabilah binti Abu Talib, Pegawai Tadbir Jabatan Pengurusan Kualiti & Strategik MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



