Seremban, 7 Julai 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (PERKOBF) di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Delegasi PERKOBF yang diketuai oleh Encik Sazali bin Yasin telah mengadakan kunjungan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan antara Majlis Bandaraya Seremban dan persatuan. Turut hadir ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Sr. Nor Zuliana binti Abd. Manan, Pengarah Penialaian & Pengurusan Harta MBS, Puan Rosliza binti Ruslin, Jurutera MBS, bersama wakil-wakil PERKOBF iaitu Encik Zainolabidin bin Wahab, Encik Adnan bin Othman dan Puan Zabedah binti P. Mastar.