Seremban, 9 Jun 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts.Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada PKK Talhah bin Hasim, Pengarah Penjara Negeri Sembilan hari ini di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Jabatan Penjara Negeri Sembilan dan MBS.  Turut hadir semasa kunjungan diadakan ialah Tn.Ir.Ts.Br.Mohd Kamal bin Yusof Setiausaha MBS, Puan Nor Mursydah binti Chik Pengarah Pengurusan Kualiti & Strategik MBS dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Penjara Negeri Sembilan.